Wednesday, July 15, 2020

YDP Agong visit flood victims in Kuala Lipis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah visit to flood victims - Photo by dirajapahang

KUALA LIPIS. 14 July 2020 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah set out to visit 265 flood victims housed at the Temporary Evacuation Center (PPS) at Sekolah Kebangsaan Chegar Perah this afternoon.

His arrival was greeted by Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Yang Hormat Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi bin Ibrahim, Yang Hormat Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain dan Yang Berhormat ADUN Padang Tengku, Dato’ Mustapa bin Long.

He spent time socializing with the flood victims as well as donating personal donations and disaster zakat assistance from the Pahang Islamic Religious Council amounting to RM33,500.00 to 67 family heads involved to ease their burden.

The flood that occurred yesterday at about 6.30 am in the area of ​​Mukim Batu Yon 2 due to continuous heavy rain. It is estimated that 5 villages in the Merapoh area are involved, namely Kampung Berhamah, Persit, Kubang Hilir, Relau and Kampung Salak.

------------------------------------------------------------

KUALA LIPIS. 14 Julai 2020 Bersamaan 22 Zulkaedah 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berangkat bercemar duli melawat 265 mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Yang Hormat Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi bin Ibrahim, Yang Hormat Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain dan Yang Berhormat ADUN Padang Tengku, Dato’ Mustapa bin Long.

Baginda meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir serta berkenaan mengurniakan sumbangan peribadi dan bantuan zakat bencana dari Majlis Ugama Islam Pahang berjumlah RM33,500.00 kepada 67 ketua keluarga yang terlibat bagi meringankan bebanan.

Kejadian banjir yang berlaku pada hari semalam kira-kira jam 6.30 pagi di sekitar kawasan Mukim Batu Yon 2 berikutan hujan lebat tanpa henti. Dianggarkan 5 buah kampung di kawasan Merapoh terlibat iaitu Kampung Berhamah, Persit, Kubang Hilir, Relau dan Kampung Salak.

What do you think about this news ? Please leave comments or reactions below if you have any feedback regarding this news.



For more latest updated news, please like & follow our page :



SEE ALSO : Proposal for gender segregation in cinemas for Pahang

SEE ALSO : TNB lose RM400,000 a month due to bitcoin theft

Interested to advertise your products/business in our platform? PM us in our Facebook page

No comments:

Post a Comment